Thursday, 3 July 2014

Lisan







Gambar ini memaparkan situasi di sebuah taman sebelah hutan. Terdapat ramai orang di situ.  Saya rasa mereka sedang bercuti kerana ada budak-budak yang berada di situ bersama ibu mereka.

 Di kiri bahagian bawah gambar ini ada seorang budak lelaki yang sedang bermain bersama adik-beradiknya dengan menggunakan kipas yang berwarna-warni. Di sebelah budak lelaki itu, ada seorang wanita yang saya rasa itu ibu kepada adik-adik dan budak lelaki itu. Saya rasa ibunya sedang menyuap makanan kepada mereka.

Di kanan bahagian bawah gambar ini, ada seorang wanita yang sedang melihat adik-adik itu bermain. Saya rasa dia sedang menjaga mereka supaya mereka tidak berjauhan daripada ibu mereka.

Di belakang gambar ini, ada keluarga yang sedang duduk di atas kerusi itu. Mereka sedang mengeluarkan benda dari begnya. Saya rasa dia sedang susah membuka begnya itu.

Saya pernah membuat aktiviti seperti ini bersama keluarga saya. Saya rasa ia bagus kerana ia dapat merapatkan hubungan kita sekeluarga. Ia pun menyihatkan tubuh badan kita. Saya selalu ke taman bersama keluarga pada hari cuti dan saya selalu menaiki basikal di situ. Ia pun boleh menolong menghilangkan stress dan dapat kita berjauhan daripada komputer dan telefon bimbit kita.






Wednesday, 2 July 2014

Lisan

Gambar ini memaparkan situasi di Taman Permainan. Di situ terdapat ramai orang di situ yang sedang berehat. Ramai budak-budak di situ sedang bermain. Di bawah kiri bahagian gambar ini, saya nampak seorang budak lelaki yang sedang bermain dengan adik-adik. Saya rasa , dia sedang menggunakan kipas yang berwarna-warni untuk bermain dengan mereka.

Di atas kiri bahagian gambar ini, ada seorang wanita dewasa yang sedang menyuap makanan kepada adik-adik yang sedang bermain itu. Saya rasa dia sedang susah hendak menyuap makanan kepada mereka kerana mereka sedang bermain. Dan terdapat seorang wanita yang sedang melihat mereka. Kalau saya seorang wanita itu, saya akan menolongnya menyuap adik-adik di situ.

Di belakang bahagian gambar ini, ada seorang wanita yang sedang membuka begnya. Saya rasa dia sedang mencuba membuka begnya untuk mengambil benda untuk dua orang yang sedang menduduk di kerusi di belakang wanita itu.

Saya rasa kalau kita sering ke taman kami kan menjadi lebih sihat dan segar. Saya selalu bersama keluarga saya apabila ke taman kerana kami dapat merapatkan hubungan kita sekeluarga.

Rakan yang boleh dipercayai

Saya dahulu mempunyai rakan-rakan yang nakal. Kami akan lepas sekolah ke rumah kawan saya dan tidak membuat kerja sekolah kami. Kita selalu dimarahi di sekolah oleh guru kerana tidak membuat kerja sekolah dan selalu membuat bising. Saya kawan baik dengan mereka tetapi saya bukan seperti mereka.

Tiba-tiba pada suatu hati, saya mula tidak membuat kerja sekolah. Saya hari-hari menjadi seperti mereka. Markah peperiksaan saya mula turun tetapi saya tidak kisah dan terus menjadi seperti mereka. Saya selalu mengikut mereka dan selalu mendengar kata-kata 'kawan-kawan' saya. Hari-hari, saya akan membuat cikgu saya bingit dengan saya sampai saya sudah banyak kali di bawa ke bilik disiplin. Saya pun buli budak-budak yang lemah.

Selepas setahun saya berkawan dengan mereka, saya mula merosakkan harta-harta orang lain dengan mereka. Kami akan melukis meja, kerusi dan bilik darjah. Tetapi pada suatu hari, saya dan kawan saya ke sekolah kami pada pukul 9 malam untuk menconteng sekolah kami. Kita pun memanjat 'fence' di depan sekolah dan kami lihat pengawai sekuriti sedang di dalam officenya tidur. Kami pun mula menggunakan tin cat dan cat dinding di depan sekolah kami.

Apabila kami sedang cat, sekuriti pun bangun dari tidurnya dan cuba mengejar kami. Kami dengan segera memanjat 'fence' tetapi saya terjatuh apabila sedang menurun dari 'fence'. Saya meminta tolong pada kawan saya tetapi dia hanya meninggalkan saya di situ. Saya pun ditangkap oleh sekuriti itu dan dikeluarkan sekolah selama seminggu. Pada masa itu, saya perasan yang saya harus ada kawan yang boleh dipercayai bukan yang hanya tengok sahaja apabila salah satu kawannya di dalam kesusahan.


Tuesday, 27 May 2014

Rakan Yang Dipercayai


Rakan Yang Dipercayai


Daniel tidak mempunyai ramai rakan tetapi dia ada seorang rakan yang boleh dia percayakan. Nama rakannya adalah Alim. Alim adalah seorang yang tidak menipu dan seorang rakan yang suka menasihat. Alim selalu menasihat Daniel tentang jangan menyusahkan ibunya dan jangan belajar terlalu banyak.  

Wednesday, 26 March 2014

MH370

Saya berasa sungguh terkejut dan sedih atas kehilangan kapal terbang MH370. Saya rasa sedih kerana ahli-ahli keluarga mereka, yang telah hilang dengan Pesawat MH370, telah hilang seorang ahli keluarga yang mereka menyayangi.

Saya berasa sungguh marah dengan negatif-negatif komen tentang kehilangan kerana saya rasa orang-orang yang telah bagi negatif komen itu tidak rasa kesakitan orang-orang lain yang telah kehilangan ahli keluarga atau orang yang mereka menyanyangi.

Saya telah belajar yang kita tidak harus memberi negatif komen kerana ia akan menyakitkan hati orang-orang lain.