Gambar ini memaparkan situasi di sebuah taman sebelah hutan. Terdapat ramai orang di situ. Saya rasa mereka sedang bercuti kerana ada budak-budak yang berada di situ bersama ibu mereka.
Di kiri bahagian bawah gambar ini ada seorang budak lelaki yang sedang bermain bersama adik-beradiknya dengan menggunakan kipas yang berwarna-warni. Di sebelah budak lelaki itu, ada seorang wanita yang saya rasa itu ibu kepada adik-adik dan budak lelaki itu. Saya rasa ibunya sedang menyuap makanan kepada mereka.
Di kanan bahagian bawah gambar ini, ada seorang wanita yang sedang melihat adik-adik itu bermain. Saya rasa dia sedang menjaga mereka supaya mereka tidak berjauhan daripada ibu mereka.
Di belakang gambar ini, ada keluarga yang sedang duduk di atas kerusi itu. Mereka sedang mengeluarkan benda dari begnya. Saya rasa dia sedang susah membuka begnya itu.
Saya pernah membuat aktiviti seperti ini bersama keluarga saya. Saya rasa ia bagus kerana ia dapat merapatkan hubungan kita sekeluarga. Ia pun menyihatkan tubuh badan kita. Saya selalu ke taman bersama keluarga pada hari cuti dan saya selalu menaiki basikal di situ. Ia pun boleh menolong menghilangkan stress dan dapat kita berjauhan daripada komputer dan telefon bimbit kita.
No comments:
Post a Comment