Wednesday, 2 July 2014

Rakan yang boleh dipercayai

Saya dahulu mempunyai rakan-rakan yang nakal. Kami akan lepas sekolah ke rumah kawan saya dan tidak membuat kerja sekolah kami. Kita selalu dimarahi di sekolah oleh guru kerana tidak membuat kerja sekolah dan selalu membuat bising. Saya kawan baik dengan mereka tetapi saya bukan seperti mereka.

Tiba-tiba pada suatu hati, saya mula tidak membuat kerja sekolah. Saya hari-hari menjadi seperti mereka. Markah peperiksaan saya mula turun tetapi saya tidak kisah dan terus menjadi seperti mereka. Saya selalu mengikut mereka dan selalu mendengar kata-kata 'kawan-kawan' saya. Hari-hari, saya akan membuat cikgu saya bingit dengan saya sampai saya sudah banyak kali di bawa ke bilik disiplin. Saya pun buli budak-budak yang lemah.

Selepas setahun saya berkawan dengan mereka, saya mula merosakkan harta-harta orang lain dengan mereka. Kami akan melukis meja, kerusi dan bilik darjah. Tetapi pada suatu hari, saya dan kawan saya ke sekolah kami pada pukul 9 malam untuk menconteng sekolah kami. Kita pun memanjat 'fence' di depan sekolah dan kami lihat pengawai sekuriti sedang di dalam officenya tidur. Kami pun mula menggunakan tin cat dan cat dinding di depan sekolah kami.

Apabila kami sedang cat, sekuriti pun bangun dari tidurnya dan cuba mengejar kami. Kami dengan segera memanjat 'fence' tetapi saya terjatuh apabila sedang menurun dari 'fence'. Saya meminta tolong pada kawan saya tetapi dia hanya meninggalkan saya di situ. Saya pun ditangkap oleh sekuriti itu dan dikeluarkan sekolah selama seminggu. Pada masa itu, saya perasan yang saya harus ada kawan yang boleh dipercayai bukan yang hanya tengok sahaja apabila salah satu kawannya di dalam kesusahan.


No comments:

Post a Comment